Keluar dari persembunyian Mat_Kilau

Mat Kilau ketika ditemu ramah wartawanMat Kilau ketika ditemui di kampungnya.

Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemu ramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.[4] Menurut Muhammad Saleh bin Haji Awang pula, Mat Kilau meninggal dunia sepuluh hari selepas pengumuman pengiktirafan beliau pada 16 Ogos 1970 dan dipercayai berusia 104 tahun.[1] Walau bagaimanapun fakta ini dipertikaikan kerana tiada dokumen untuk mengesahkan usia beliau.[perlu rujukan] Beliau kemudiannya dikebumikan di Kampung Kedondong.[1]

Rujukan

WikiPedia: Mat_Kilau http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/printable.php... //scholar.google.com/scholar?q=%22Mat+Kilau%22 //www.google.com/search?&q=%22Mat+Kilau%22+site:ne... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Mat+K... //www.google.com/search?q=%22Mat+Kilau%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Mat+Kilau%2... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/printable.... http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/kno... http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku... http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?...